Ahad, 28 Februari 2016

KONSEP LANSKAP LEMBUT DAN KEJOR


Bagi mendapatkan keseimbangan di dalam sesuatu rekabentuk lanskap, kombinasi lanskap lembut dan kejor adalah penting agar ianya dapat di hargai serta dimanfaatkan oleh pengguna.

Bagi taman permainan di Seksyen 9 Shah Alam ini, kombinasi lanskapnya memberi satu suasana yang dapat dimanfaat serta dirasai oleh pengguna yang merentasi taman tersebut.



KOMBINASI LANSKAP LEMBUT DAN KEJOR
DI TAMAN SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Wakaf (Shelter) tempat berehat

Busut (Mount) memberi satu suasana berlainan bila melintasi taman
serta suasana beralun

Busut beserta tanaman pokok tang rapat memberi teduhan kepada 
pengguna terutama waktu terik matahari

Busut, tanaman pokok serta tempat duduk memberi satu
kombinasi lanskap yang lengkap di samping tanaman
rumput yang menghijau.


Rekabentuk tempat duduk juga memberi inspirasi kepada pengguna
bila berjalan-jalan dan bersir-siar di taman

Tempat duduk berbentuk separuh bulatan beserta pc konkrit
melahirkan suasana berlainan


Khamis, 25 Februari 2016

TAMAN KEBUN KEJIRANAN

KONSEP LANSKAP di TAMAN KEBUN KEJIRANAN

Di zaman millinium yang serba canggih ini segala-galanya melibatkan duit terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain di Malaysia, juga di Singapura, London, Los Angeles dan bandar lain di dunia.

Konsep taman kebun kejiranan amat sesuai dipraktikkan di kawasan bandar kerana ia mempunyai banyak manfaat dan faedah terutama di dalam kegiatan sosial di antara penduduk setempat.

Taman Kebun Kejiranan ini boleh dihasilkan di mana-mana ruang yang sesuai samada tanam-tanaman di tanam di atas tanah maupun di dalam pasu serta bekas-bekas bahan buangan yang di gunakan semula. Tanaman seperti lada, serai, kacang panjang, bender, kacang botol amat sesuai dijadikan taman kebun kejiranan kerana kos mengendalikannya amat murah serta mudah dilaksanakan.

Kini kesedaran terhadap teknologi hijau banyak memberi manfaat kepada manusia serta alam sejagat. Dengan menanam sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan ianya dapat mengurangkan kepanasan bumi. Bayangkan setiap orang di atas muka bumi menanam sebatang pokok maka sudah pasti bumi akan tersenyuma lebar. 

Manfaat Taman Kebun Kejiranan

1) Projek komuniti 
2) Menyejukkan Bumi
3) Hasil Pertanian terutama sayur-sayuran boleh 
    mendatangkan pendapatan jika dilaksanakan dengan 
    skala besar.
4) Merapatkan silaturrahim di antara penduduk setempat.
5) Tanam-tanaman dan sayur-sayuran membentuk taman 
    yang mencantikkan keadaan sekeliling.
6) Taman kejiranan juga dapat menjimatkan duit dapur.



MEMBINA TAMAN KEBUN KEJIRANAN

Berkebun bersama keluarga di hujung minggu pasti menyeronokkan
(https://www.google.com)


Langkah Pertama

Untuk membina Kebun Kejiranan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama yang kuat. Kita boleh memulakannya bersama ahli keluarga terdekat dan akhirnya merebak kepada jiran dan akhirnya melibatkan masyarakat di sekeliling kita.

Di Malaysia konsep ini telah berjaya dipraktikkan seperti Felda dan Felcra.


Isnin, 22 Februari 2016

TAMAN DAPUR

KONSEP LANSKAP di TAMAN DAPUR

Pada zaman dahulu Taman Dapur begitu popular terutama di kawasan perkampungan. Jika kita berasal dari kawasan perkampungan pasti masih segar di ingatan kita bagaimana emak kita menanam serai, pengaga, daun pandan, daun kari dan rempah ratus lain di kawasan halaman dapur.

Apabila memasak mereka hanya ke kawasan berhampiran dapur dan terus memetik atau mencantas apa saja yang diperlukan untuk aktiviti memasak. Ianya menjimatkan masa dan waktu. 



TAMAN DAPUR

 (image : https://www.google.com/)
Contoh Lanskap atau Taman Dapur.
Segala-galanya termasuk ulam-ulaman mudah didapati

Berbeza kita di bandar serba serbi perlu dibeli. Kesemuanya ini akan dapat diatasi dengan membina Taman Dapur sendiri yang terdiri dari tumbuhan keperluan memasak, ulam-ulaman serta rempah ratus.

Di antara pokok-kokok yang sesuai di tanam di halaman dapur ialah ;

1) Daun Kunyit
2) Daun Serai
3) Daun Kari
4) Daun Pandan
5) Pengaga



TUMBUHAN DI TAMAN DAPUR

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Kunyit

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Serai Wangi

Nama Saintifik : Cymbopogon Nardus

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Kari

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Pandan

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Pengaga


Setiap daun yang ditanam mempunyai fungsinya yang tersendiri misalnya serai digunakan untuk masak lemak samaada ikan atau ayam. Sementara daun pengaga dijadikan ulam.

Kacang botol juga amat sesuai ditanam di kawasan dapur untuk dijadikan ulam. Pokok-pokok ulam begitu popular dan mudah didapati di kawasan kampung. Pokok keladi juga sesuai ditanam di kawasan dapur kerana mudah disiram semasa menjalankan aktiviti memasak. Jika di kampong pokok keladi di tanam di tepi longkang dapur.


 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Kacang Botol

 (image : https://www.google.com/)
Nama Botani : Pokok Keladi


Di zaman moden ini, konsep taman dapur amat sesuai dipraktikkan kerana ia akan menjimatkan wang ringgit dan akan mencantikkan kawasan halaman dapur sebagai satu taman sesuai dengan konsep 'rumahku syurgaku'.

Pengunaan pergola amat sesuai dijadikan taman dapur kerana ulam-ulaman menjalar seperti kacang botol mudah hidup menjalar di kawasan pergola. Ia akan mencantikkan lagi kawasan dapur dan dapat melahirkan mood memasak.


TUMBUHAN TAMAN DAPUR 
DALAM MASAKAN MELAYU

 (image : https://www.google.com/)
MASAK LEMAK gunakan Serai Wangi

 (image : https://www.google.com/)
MASAK KARI IKAN  gunakan daun kari

 (image : https://www.google.com/)
ULAM KACANG BOTOL bersama sambal belacan

 (image : https://www.google.com/)
ULAM PENGAGA bersama sambal belacan


 Pasti terliok bila melihat masakan di atas. Sebenarnya inilah masakan kegemaran ramai bersama ulamnya sekali. Bagi pelancong yang ingin mengunjungi Malaysia pastikan anda tidak terlepas masakan melayu di atas..pasti holiauuuu.




Rabu, 17 Februari 2016

KOMBINASI LANSKAP LEMBUT DAN LANSKAP KEJOR

KONSEP KOMBINASI LANSKAP

Kombinasi Lanskap Lembut (Softscape) dan Lanskap Kejor (Hardscape) adalah menjadi satu trend baharu kepada pereka lanskap zaman kini. Ianya memerlukan daya kreativiti agar penghasilan kombinasi ini kelihatan menarik dan dapat berfungsi dengan baik kepada pengguna.

Contoh yang menarik boleh di dapati di laluan ruang masuk ke Dataran Pahlawan Melaka dari Kota A' Famosa yang menggunakan kombinasi konkrit dan rumput sebagai konsep
lanskapnya. Ianya menggunakan 50% konkrit (lanskap kejor) dan 50% rumput (lanskap lembut). Kombinasi kedua-dua konkrit berbentuk empat segi ini direkasusun berselang-seli bersama rumput agar kelihatan menarik bagaikan Papan Catur. Bagi menarikkan lagi pandangan pejalankaki motif daun digunakan di atas konkrit tersebut.



JALAN MASUK KE DATARAN PAHLAWAN 
DARI KOTA  A' FAMOSA







Susunan konrit yang berselang seli dengan rumput memberi image bagaikan papan catur/dam



Motif daun yang diukir di atas konkrit
 memberi image menarik




Konsep Landscape Lembut (Softscape) cuba ditonjolkan melalui ukiran motif daun di konkrit pejalan kaki (Hardscape) dalam ertikata lain softscape vs hardscape.


Kombinasi fountain (Landscape Lembut) dan ukiran plak aluminium (Landscape Kejor) memberi siri pemandangan yang menarik di tempat pejalankaki persisiran Sungai Melaka.




Ukiran plak aluminium sebagai latarbelakang fountain
melahirkan siri pemandangan menarik.
(lokasi-persisiran Sungai Melaka)