Isnin, 2 Mei 2016

LANSKAP BANDAR MUAR part 3

LANSKAP BANDAR MUAR part 2

LANSKAP BANDAR MAHARANI MUAR JOHOR

Assalamualaikum, Salam Selasa (3.5.16)


Jumaat lepas (28.4.16) saya ke Bandar Maharani, Muar Johor jumpa Brother Jo atas urusan kerja dan sempat rakam pemandangan Lanskap di persisiran Sungai Muar yang pesat membangun.

Bandar Maharani ini memang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Bagi pelacong dari luar Bandar Muar dan Malaysia, melawat Bandar Muar yang terletak di Muara Sungai Muar dan di Persisirannya adalah satu kemestian bagi melengkapkan jadual melancong anda.



PEMANDANGAN LANSKAP DI BANDAR MUAR


MENARA SIMBOLIK UCAPAN SELAMAT DATANG
KE BANDAR MUAR YANG TERLETAK DI HADAPAN
JAMBATAN MUAR 

JAMBATAN SUNGAI MUAR YANG KAYA DENGAN SEJARAH
DAN MENJADI IKON BANDAR MUAR






PEMANDANGAN SEBAHAGIAN DARI LANSKAP BANDAR MUAR 

KEDUDUKKAN BANDAR MUAR DI MUARA DAN PERSISIRAN SUNGAI MUAR MEMBERI KELEBIHAN KEPADA KEUNIKKAN BANDAR MUAR DI MATA DUNIA
(Layari YouTube : Lanskap Bandar Muar)



Selasa, 19 April 2016

VERTICAL GARDEN Centre Point Sabah P 2

VERTICAL GARDEN Centre Point Sabah P 1

ARCHITECTURE VS LANDSCAPE

Assalamualaikum, Salam Selasa (19.4.16)


Sambil berjalan-jalan di bangunan Majlis Sukan Negara, atas urusan kerja di Bukit Jalil sempat saya snap rekabentuk lanskap serta bangunan yang diilhamkan oleh perekabentuk berkenaan.

DI SEKITAR BANGUNAN MSN, BUKIT JALIL 


SKY-LIGHT


LANSKAP DI BAWAH SKY-LIGHT
DARI TINGKAT 1

PEMANDANGAN LANSKAP (COURTYARD)



PEMANDANGAN LANSKAP DARI DALAM LIFT


PEMANDANGAN GERAI MAKAN

Khamis, 17 Mac 2016

PROJEK LANSKAP # PALM DEIRA - DUBAI

Assalamualaikum, Salam Malam Juma'at


PROJEK LANSKAP DI DUBAI UAE.
(Pengalaman Bekerja Di UAE)

Saya di antara beberapa orang Arkitek yang sangat bernasib baik kerana diberi peluang untuk sama-sama merekabentuk lanskap pembangunan di Palm Deira Dubai UAE.

Tidak ramai Arkitek Lanskap mempunyai peluang seperti saya dan pembaca mungkin salah seorang darinya..tahniah.

Di Dubai, anda mempunyai kebebasan mencurahkan idea yang terpendam kerana di sini duit bukan segala-galanya. Yang penting sejauhmana idea yang mampu anda hasilkan.

Namun demikian jika anda gagal memenuhi citarasa mereka....haha...anda mungkin dihalau. Yer lah !!!...sebab mereka boleh bayar berapa sahaja yang anda pinta.


PROJEK PALM DEIRA, DUBAI UAE



PAPAN TANDA PROJEK PALM DEIRA DUBAI


INFO PROJEK

Developer : NAKHEEL
Konsultan Rekabentuk : TAK GROUP OF COMPANIES
Kontraktor Lanskap : ARCO GENERAL CONTRACTING

Saya telah diberi peluang bekerja di bawah Kontraktor Lanskap yang dimiliki oleh orang Arab. Pada mulanya agak sukar juga untuk menyesuaikan diri kerana segala-galanya urgent tambahan pula hanya saya seorang sahaja pekerja Malaysia yang lainnya dari India, Filifina, Palastine, Egypt dan Iraq. Namun lama-kelamaan ianya 'alah bisa tegal biasa'.

Haa...seronok gak merantau ke tempat orang. Namun secantik manapun negara orang...cantik lagi negara sendiri.

.....bersambung....










Ahad, 28 Februari 2016

KONSEP LANSKAP LEMBUT DAN KEJOR


Bagi mendapatkan keseimbangan di dalam sesuatu rekabentuk lanskap, kombinasi lanskap lembut dan kejor adalah penting agar ianya dapat di hargai serta dimanfaatkan oleh pengguna.

Bagi taman permainan di Seksyen 9 Shah Alam ini, kombinasi lanskapnya memberi satu suasana yang dapat dimanfaat serta dirasai oleh pengguna yang merentasi taman tersebut.



KOMBINASI LANSKAP LEMBUT DAN KEJOR
DI TAMAN SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Wakaf (Shelter) tempat berehat

Busut (Mount) memberi satu suasana berlainan bila melintasi taman
serta suasana beralun

Busut beserta tanaman pokok tang rapat memberi teduhan kepada 
pengguna terutama waktu terik matahari

Busut, tanaman pokok serta tempat duduk memberi satu
kombinasi lanskap yang lengkap di samping tanaman
rumput yang menghijau.


Rekabentuk tempat duduk juga memberi inspirasi kepada pengguna
bila berjalan-jalan dan bersir-siar di taman

Tempat duduk berbentuk separuh bulatan beserta pc konkrit
melahirkan suasana berlainan


Khamis, 25 Februari 2016

TAMAN KEBUN KEJIRANAN

KONSEP LANSKAP di TAMAN KEBUN KEJIRANAN

Di zaman millinium yang serba canggih ini segala-galanya melibatkan duit terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain di Malaysia, juga di Singapura, London, Los Angeles dan bandar lain di dunia.

Konsep taman kebun kejiranan amat sesuai dipraktikkan di kawasan bandar kerana ia mempunyai banyak manfaat dan faedah terutama di dalam kegiatan sosial di antara penduduk setempat.

Taman Kebun Kejiranan ini boleh dihasilkan di mana-mana ruang yang sesuai samada tanam-tanaman di tanam di atas tanah maupun di dalam pasu serta bekas-bekas bahan buangan yang di gunakan semula. Tanaman seperti lada, serai, kacang panjang, bender, kacang botol amat sesuai dijadikan taman kebun kejiranan kerana kos mengendalikannya amat murah serta mudah dilaksanakan.

Kini kesedaran terhadap teknologi hijau banyak memberi manfaat kepada manusia serta alam sejagat. Dengan menanam sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan ianya dapat mengurangkan kepanasan bumi. Bayangkan setiap orang di atas muka bumi menanam sebatang pokok maka sudah pasti bumi akan tersenyuma lebar. 

Manfaat Taman Kebun Kejiranan

1) Projek komuniti 
2) Menyejukkan Bumi
3) Hasil Pertanian terutama sayur-sayuran boleh 
    mendatangkan pendapatan jika dilaksanakan dengan 
    skala besar.
4) Merapatkan silaturrahim di antara penduduk setempat.
5) Tanam-tanaman dan sayur-sayuran membentuk taman 
    yang mencantikkan keadaan sekeliling.
6) Taman kejiranan juga dapat menjimatkan duit dapur.



MEMBINA TAMAN KEBUN KEJIRANAN

Berkebun bersama keluarga di hujung minggu pasti menyeronokkan
(https://www.google.com)


Langkah Pertama

Untuk membina Kebun Kejiranan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kerjasama yang kuat. Kita boleh memulakannya bersama ahli keluarga terdekat dan akhirnya merebak kepada jiran dan akhirnya melibatkan masyarakat di sekeliling kita.

Di Malaysia konsep ini telah berjaya dipraktikkan seperti Felda dan Felcra.


Isnin, 22 Februari 2016

TAMAN DAPUR

KONSEP LANSKAP di TAMAN DAPUR

Pada zaman dahulu Taman Dapur begitu popular terutama di kawasan perkampungan. Jika kita berasal dari kawasan perkampungan pasti masih segar di ingatan kita bagaimana emak kita menanam serai, pengaga, daun pandan, daun kari dan rempah ratus lain di kawasan halaman dapur.

Apabila memasak mereka hanya ke kawasan berhampiran dapur dan terus memetik atau mencantas apa saja yang diperlukan untuk aktiviti memasak. Ianya menjimatkan masa dan waktu. 



TAMAN DAPUR

 (image : https://www.google.com/)
Contoh Lanskap atau Taman Dapur.
Segala-galanya termasuk ulam-ulaman mudah didapati

Berbeza kita di bandar serba serbi perlu dibeli. Kesemuanya ini akan dapat diatasi dengan membina Taman Dapur sendiri yang terdiri dari tumbuhan keperluan memasak, ulam-ulaman serta rempah ratus.

Di antara pokok-kokok yang sesuai di tanam di halaman dapur ialah ;

1) Daun Kunyit
2) Daun Serai
3) Daun Kari
4) Daun Pandan
5) Pengaga



TUMBUHAN DI TAMAN DAPUR

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Kunyit

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Serai Wangi

Nama Saintifik : Cymbopogon Nardus

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Kari

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Pandan

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Daun Pengaga


Setiap daun yang ditanam mempunyai fungsinya yang tersendiri misalnya serai digunakan untuk masak lemak samaada ikan atau ayam. Sementara daun pengaga dijadikan ulam.

Kacang botol juga amat sesuai ditanam di kawasan dapur untuk dijadikan ulam. Pokok-pokok ulam begitu popular dan mudah didapati di kawasan kampung. Pokok keladi juga sesuai ditanam di kawasan dapur kerana mudah disiram semasa menjalankan aktiviti memasak. Jika di kampong pokok keladi di tanam di tepi longkang dapur.


 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Kacang Botol

 (image : https://www.google.com/)
Nama Botani : Pokok Keladi


Di zaman moden ini, konsep taman dapur amat sesuai dipraktikkan kerana ia akan menjimatkan wang ringgit dan akan mencantikkan kawasan halaman dapur sebagai satu taman sesuai dengan konsep 'rumahku syurgaku'.

Pengunaan pergola amat sesuai dijadikan taman dapur kerana ulam-ulaman menjalar seperti kacang botol mudah hidup menjalar di kawasan pergola. Ia akan mencantikkan lagi kawasan dapur dan dapat melahirkan mood memasak.


TUMBUHAN TAMAN DAPUR 
DALAM MASAKAN MELAYU

 (image : https://www.google.com/)
MASAK LEMAK gunakan Serai Wangi

 (image : https://www.google.com/)
MASAK KARI IKAN  gunakan daun kari

 (image : https://www.google.com/)
ULAM KACANG BOTOL bersama sambal belacan

 (image : https://www.google.com/)
ULAM PENGAGA bersama sambal belacan


 Pasti terliok bila melihat masakan di atas. Sebenarnya inilah masakan kegemaran ramai bersama ulamnya sekali. Bagi pelancong yang ingin mengunjungi Malaysia pastikan anda tidak terlepas masakan melayu di atas..pasti holiauuuu.




Rabu, 17 Februari 2016

KOMBINASI LANSKAP LEMBUT DAN LANSKAP KEJOR

KONSEP KOMBINASI LANSKAP

Kombinasi Lanskap Lembut (Softscape) dan Lanskap Kejor (Hardscape) adalah menjadi satu trend baharu kepada pereka lanskap zaman kini. Ianya memerlukan daya kreativiti agar penghasilan kombinasi ini kelihatan menarik dan dapat berfungsi dengan baik kepada pengguna.

Contoh yang menarik boleh di dapati di laluan ruang masuk ke Dataran Pahlawan Melaka dari Kota A' Famosa yang menggunakan kombinasi konkrit dan rumput sebagai konsep
lanskapnya. Ianya menggunakan 50% konkrit (lanskap kejor) dan 50% rumput (lanskap lembut). Kombinasi kedua-dua konkrit berbentuk empat segi ini direkasusun berselang-seli bersama rumput agar kelihatan menarik bagaikan Papan Catur. Bagi menarikkan lagi pandangan pejalankaki motif daun digunakan di atas konkrit tersebut.



JALAN MASUK KE DATARAN PAHLAWAN 
DARI KOTA  A' FAMOSA







Susunan konrit yang berselang seli dengan rumput memberi image bagaikan papan catur/dam



Motif daun yang diukir di atas konkrit
 memberi image menarik




Konsep Landscape Lembut (Softscape) cuba ditonjolkan melalui ukiran motif daun di konkrit pejalan kaki (Hardscape) dalam ertikata lain softscape vs hardscape.


Kombinasi fountain (Landscape Lembut) dan ukiran plak aluminium (Landscape Kejor) memberi siri pemandangan yang menarik di tempat pejalankaki persisiran Sungai Melaka.




Ukiran plak aluminium sebagai latarbelakang fountain
melahirkan siri pemandangan menarik.
(lokasi-persisiran Sungai Melaka)

Selasa, 26 Januari 2016

PRANAN SENI LANSKAP - LANSKAP KEJUR

KONSEP LANSKAP KEJUR
(The concept of Hard Landscape)

Konsep Lanskap Kejur (hard landscape) adalah pelengkap kepada rekabentuk bangunan itu sendiri iaitu menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan dan sampingan untuk keselesaan pekerja dan majikan. Lanskap Kejur ini juga adalah merupakan kesinambungan dari Lanskap Lembut (soft landscape) dimana kombinasi kedua-duanya menjadi pelengkap kepada konsep lanskap itu sendiri sebagai contoh tumbuhan menjalar yang ditanam di pegola dimana ianya memberi teduhan kepada pejalan kaki disamping mengeluarkan bau haruman wangi yang dihasilkan oleh tumbuhan yang menjalar di atas pergola tersebut.

Contoh Lanskap Kejur

1. Pergola
2. Tempat Pejalan Kaki dan Tanda Arah
3. Medan Rekreasi
4. Wakaf,Ruang Rehat dan Makan Luar
5. Lanskap Pencahayaan
6. Arca

Ruang Rehat Dan Makan Luar (Contoh Lanskap Kejur) 

Ruang rehat adalah merupakan bangku berkelah berbumbung bagi tujuan untuk berehat dan makan secara santai. Pada kebiasaannya kemudahan ini disediakan di sekitar bangunan utama bagi membolehkan pekerja bersantai dan menikmati suasana persekitaran lanskap. Rekabentuk dan bahan binaannya adalah konsisten dan bersesuaian dengan rekabentuk bangunan itu sendiri. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan sinki, tong sampah dan perangkap serangga. Dicadangkan pemilihan pokok-pokok teduhan dan renek di persekitaran ruang rehat ini adalah dari jenis penghalau serangga.   

Pengindahan Laluan Masuk Utama (Contoh Lanskap Kejur)

Laluan-laluan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan kemasan lantai sebagai contoh ianya direka berbentuk bujur telur yang konsisten dengan pemilihan warna dan tekstur bangunan. Papan tanda pada jalan masuk, kemasan lantai dan hiasan kejur lainnya menjadi penanda sempadan disamping pemberi imej pada satu-satu organisasi tersebut. Jalan-jalan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan lampu dan lanskap. pokok-pokok renek berwarna dan harum. 


Pengindahan Laluan Masuk
Laluan Masuk dihiasi dengan dinding bercorak
sebagai Lanskap Kejur beserta fountain.




Kombinasi Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur


Kombinasi Landskap Lembut dan Lanskap Kejor 
melengkapkan sesuatu pembangunan.


Contoh Lanskap Kejur

PERGOLA

PERGOLA BAGI RUANG MASUK

TEMPAT PEJALAN KAKI DAN TANDA ARAH

MEDAN REKREASI

WAKAF, RUANG REHAT DAN MAKAN LUAR

ARCA

LANSKAP PENCAHAYAAN


Lanskap Kejur dan Lanskap Lembut saling berkaitan antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai pranan yang sama di dalam merealisasikan ke arah pembangunan mampan.

Jelas menunjukkan kombinasi kedua-dua Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur menjadi pelengkap kepada setiap pembangunan yang dijalankan samada pembangunan perumahan, pejabat serta taman rekreasi.