Selasa, 26 Januari 2016

PRANAN SENI LANSKAP - LANSKAP KEJUR

KONSEP LANSKAP KEJUR
(The concept of Hard Landscape)

Konsep Lanskap Kejur (hard landscape) adalah pelengkap kepada rekabentuk bangunan itu sendiri iaitu menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan dan sampingan untuk keselesaan pekerja dan majikan. Lanskap Kejur ini juga adalah merupakan kesinambungan dari Lanskap Lembut (soft landscape) dimana kombinasi kedua-duanya menjadi pelengkap kepada konsep lanskap itu sendiri sebagai contoh tumbuhan menjalar yang ditanam di pegola dimana ianya memberi teduhan kepada pejalan kaki disamping mengeluarkan bau haruman wangi yang dihasilkan oleh tumbuhan yang menjalar di atas pergola tersebut.

Contoh Lanskap Kejur

1. Pergola
2. Tempat Pejalan Kaki dan Tanda Arah
3. Medan Rekreasi
4. Wakaf,Ruang Rehat dan Makan Luar
5. Lanskap Pencahayaan
6. Arca

Ruang Rehat Dan Makan Luar (Contoh Lanskap Kejur) 

Ruang rehat adalah merupakan bangku berkelah berbumbung bagi tujuan untuk berehat dan makan secara santai. Pada kebiasaannya kemudahan ini disediakan di sekitar bangunan utama bagi membolehkan pekerja bersantai dan menikmati suasana persekitaran lanskap. Rekabentuk dan bahan binaannya adalah konsisten dan bersesuaian dengan rekabentuk bangunan itu sendiri. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan sinki, tong sampah dan perangkap serangga. Dicadangkan pemilihan pokok-pokok teduhan dan renek di persekitaran ruang rehat ini adalah dari jenis penghalau serangga.   

Pengindahan Laluan Masuk Utama (Contoh Lanskap Kejur)

Laluan-laluan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan kemasan lantai sebagai contoh ianya direka berbentuk bujur telur yang konsisten dengan pemilihan warna dan tekstur bangunan. Papan tanda pada jalan masuk, kemasan lantai dan hiasan kejur lainnya menjadi penanda sempadan disamping pemberi imej pada satu-satu organisasi tersebut. Jalan-jalan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan lampu dan lanskap. pokok-pokok renek berwarna dan harum. 


Pengindahan Laluan Masuk
Laluan Masuk dihiasi dengan dinding bercorak
sebagai Lanskap Kejur beserta fountain.




Kombinasi Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur


Kombinasi Landskap Lembut dan Lanskap Kejor 
melengkapkan sesuatu pembangunan.


Contoh Lanskap Kejur

PERGOLA

PERGOLA BAGI RUANG MASUK

TEMPAT PEJALAN KAKI DAN TANDA ARAH

MEDAN REKREASI

WAKAF, RUANG REHAT DAN MAKAN LUAR

ARCA

LANSKAP PENCAHAYAAN


Lanskap Kejur dan Lanskap Lembut saling berkaitan antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai pranan yang sama di dalam merealisasikan ke arah pembangunan mampan.

Jelas menunjukkan kombinasi kedua-dua Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur menjadi pelengkap kepada setiap pembangunan yang dijalankan samada pembangunan perumahan, pejabat serta taman rekreasi.














                                                                                           

                                                                                                                 




                                                                                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan