Selasa, 26 Januari 2016

PRANAN SENI LANSKAP - LANSKAP KEJUR

KONSEP LANSKAP KEJUR
(The concept of Hard Landscape)

Konsep Lanskap Kejur (hard landscape) adalah pelengkap kepada rekabentuk bangunan itu sendiri iaitu menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan dan sampingan untuk keselesaan pekerja dan majikan. Lanskap Kejur ini juga adalah merupakan kesinambungan dari Lanskap Lembut (soft landscape) dimana kombinasi kedua-duanya menjadi pelengkap kepada konsep lanskap itu sendiri sebagai contoh tumbuhan menjalar yang ditanam di pegola dimana ianya memberi teduhan kepada pejalan kaki disamping mengeluarkan bau haruman wangi yang dihasilkan oleh tumbuhan yang menjalar di atas pergola tersebut.

Contoh Lanskap Kejur

1. Pergola
2. Tempat Pejalan Kaki dan Tanda Arah
3. Medan Rekreasi
4. Wakaf,Ruang Rehat dan Makan Luar
5. Lanskap Pencahayaan
6. Arca

Ruang Rehat Dan Makan Luar (Contoh Lanskap Kejur) 

Ruang rehat adalah merupakan bangku berkelah berbumbung bagi tujuan untuk berehat dan makan secara santai. Pada kebiasaannya kemudahan ini disediakan di sekitar bangunan utama bagi membolehkan pekerja bersantai dan menikmati suasana persekitaran lanskap. Rekabentuk dan bahan binaannya adalah konsisten dan bersesuaian dengan rekabentuk bangunan itu sendiri. Ruang ini akan dilengkapi dengan kemudahan sinki, tong sampah dan perangkap serangga. Dicadangkan pemilihan pokok-pokok teduhan dan renek di persekitaran ruang rehat ini adalah dari jenis penghalau serangga.   

Pengindahan Laluan Masuk Utama (Contoh Lanskap Kejur)

Laluan-laluan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan kemasan lantai sebagai contoh ianya direka berbentuk bujur telur yang konsisten dengan pemilihan warna dan tekstur bangunan. Papan tanda pada jalan masuk, kemasan lantai dan hiasan kejur lainnya menjadi penanda sempadan disamping pemberi imej pada satu-satu organisasi tersebut. Jalan-jalan masuk akan dilengkapi dengan kemudahan lampu dan lanskap. pokok-pokok renek berwarna dan harum. 


Pengindahan Laluan Masuk
Laluan Masuk dihiasi dengan dinding bercorak
sebagai Lanskap Kejur beserta fountain.




Kombinasi Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur


Kombinasi Landskap Lembut dan Lanskap Kejor 
melengkapkan sesuatu pembangunan.


Contoh Lanskap Kejur

PERGOLA

PERGOLA BAGI RUANG MASUK

TEMPAT PEJALAN KAKI DAN TANDA ARAH

MEDAN REKREASI

WAKAF, RUANG REHAT DAN MAKAN LUAR

ARCA

LANSKAP PENCAHAYAAN


Lanskap Kejur dan Lanskap Lembut saling berkaitan antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai pranan yang sama di dalam merealisasikan ke arah pembangunan mampan.

Jelas menunjukkan kombinasi kedua-dua Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur menjadi pelengkap kepada setiap pembangunan yang dijalankan samada pembangunan perumahan, pejabat serta taman rekreasi.














                                                                                           

                                                                                                                 




                                                                                                                                                 

Ahad, 17 Januari 2016

PRANAN SENI LANSKAP - LANSKAP LEMBUT

KONSEP LANSKAP LEMBUT
(The concept of Soft Landscape)

Seni Lanskap atau dikenali sebagai Seni Taman mempunyai pranan yang amat besar di dalam sesuatu pembangunan. Sebagai contoh konsep lanskap lembut (soft landscape) yang menggunakan pendekatan mesra alam yang menggunakan pokok sebagai penyelesaian kepada masalah bau dan menghalau serangga.
(Landscape architecture known as garden has a very large role in a development. For example soft landscaping concept that uses environmentally friendly approach that uses trees as a solution to the odor problem and repel insects). 

Pokok Pokok Penampan
(Buffer Trees)

Pokok-pokok teduhan renek dan memanjat digunakan di sepanjang sempadan antara lot-lot bersebelahan dari jenis yang menghasilkan bau-bau harum.
(Trees, shrubs and climbing shading is used along the boundary between adjacent lots of varieties that produce smells fragrant).

Strata pokok-pokok yang berlapis menghasilkan kesan tiupan angin yang melambung yang mengekalkan bau haruman setempat. Pagar yang dicadangkan adalah dari jenis kawat besi supaya peredaran angin yang lebih sempurna disamping memberi ruang pada penanaman pokok-pokok  menjalar berbau harum pada jaring kawat besi tersebut.   Pokok-pokok penampan ditanam rapat pada jarak 5-6m dari sempadan lot sehingga 10-30m dari pagar sempadan yang menghasilkan barisan pokok-pokok yang tebal dan berlapis.
(Strata-covered trees produce a rebound effect of wind that keeps the scent local. The proposed fence is of type iron wire so that more perfect wind circulation as well as providing space for the planting vinearomatic in the metal wire net. Treesplanted buffer at a distance of 5-6m meetings of up to 10-30m from the lot boundary fence boundary which a line of trees thick and layered).  


Nama Botani
(Botanical Name)
Nama Umum
(Common Name)
1.
Michelia alba
Cempaka Putih
2.
Michelia champaka
Cempaka Kuning
3.
Cananga odorata
Pokok Kenanga
4.
Cananga odorata var. fruticosa
Bunga kenaga(renek)
5.
Hedychium cononarium
Butterfly ginger
6.
Vallaris glabra
KesidangKerak nasi

Pokok-Pokok Penampan Berbau Harum
(Principal Buffer Smell 'Harum')

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Cempaka Putih
Nama Botanj : Michelia Alba

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Cempaka Kuning
Nama Botanj : Michelia Champaca

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Kenanga
Nama Botanj : Cananga Adarata

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Bunga Kenanga (pokok renek)
Nama Botanj : Cananga Adorata Var. Fruticosa

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Butterfly Ginger
Nama Botanj : Hedychium Cononarium

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Kesidang/Kerak Nasi
Nama Botanj : Vallaris Glabra




POKOK PENGUNDANG BURUNG
(Trees Inviting Birds)

Pokok-pokok yang berbuah serta berbunga dapat mengundang kehadiran burung yang bertindak sebagai haiwan pemangsa kepada lalat dan lipas yang berkeliaran akibat keadaan persekitaran yang kotor dan berbau busuk.
(The trees are fruiting and flowering may invite the presence of birds that act as predators of flies and cockroaches that roam due to environmental conditions are dirty and smelly)

Di samping itu kehadiran burung-burung yang berkicau akan mengujudkan suasana perkampungan yang aman damai. Burung-burung ini juga dapat menghalau kehadiran Burung Gagak yang tidak disenangi.
(In addition the presence of birds twittering will create an atmosphere of peaceful village. These birds can also dispel the presence of an unfavorable Crow).

Pokok-pokok berbuah ini akan ditanam di dalam barisan pokok-pokok penampan bagi meningkatkan kepelbagaian fungsi zon penempatan tersebut. 
(The fruit trees will be planted in the tree-lined buffer zone to increase the versatility of the placement) 

Contoh-Contoh Pokok Pengundang Burung
(Examples Inviting Bird Tree) 

Nama Botani
(Botanical Name)
Nama Umum
(Common Name0
1.
Syzygium Polyanthum
Pokok Salam
2.
Muntingia Calabura
Pokok Cheri


Pokok-Pokok Pengundang Burung
(Trees Inviting Bird)

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Pokok Salam
Nama Botanj : Syzygium polyanthum


(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Pokok Cheri
Nama Botanj : Muntingia Calabura


Contoh-Contoh Burung Yang Tertarik 
Dengan Pokok-Pokok Di Atas
(Examples Birds Flocking With Trees On Top)


Nama Saintifik
Nama Umum
1.
Caloenas nicobarica
Burung Punai Emas
2.
Copsychus malabaricus
Burung Murai
3.
Geopelia striata
Burung Merbok
4.
Lonchura maja
Burung Pipit Uban
5.
Streptopelia chinensis
Burung Tekukur



Jenis Burung Yang Tertarik Dengan Pokok Di Atas
(Type Birds Flocking With Trees On Top)

(image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Burung Punai Emas
Nama Saintifik : Caloenas Nicobarica

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Burung Murai
Nama Saintifik : Copsychus Malabaricus

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Burung Merbok
Nama Saintifik : Geopelia Striata

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Burung Pipit Uban
Nama Saintifik : Lonchura Maja

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Burung Terkukur
Nama Saintifik : Streptopelia Chinensis


POKOK PENGHALAU SERANGGA
(Trees act as a insect repellent)

Pokok-pokok penghalau serangga bertindak sebagai penghalau lalat serta lipas (insect repelient). Tidak seperti penggunaan racun serangga perosak, pokok-pokok ini bukan sahaja selamat ia tidak menghasilkan kesan sampingan. Ia sesuai digunakan berhampiran dengan bangunan dalam menghalau lalat dan serangga-serangga dalam rumah secara berkekalan, murah dan mudah serta mesra alam. 
(Trees act as a repellent insect repellent for flies and cockroaches. Unlike the use of pesticides, the trees are not only safe it does not produce side effects. It is suitable for use close to the building in flies and insects in the house permanently, simple and inexpensive and environmentally friendly).

Pokok-pokok penghalau serangga ini juga berfungsi sebagai teduhan dan haruman pada kawasan tempat letak kereta, kawasan rehat dan 'planter boxes' di persekitaran bangunan.
(Trees insect repellent serves as a shade and fragrance in the car park, rest area and planter boxes in the vicinity of building).


Contoh-contoh Pokok Penghalau Serangga
(Examples Tree Insect Repellent)

Nama Botani
Nama Umum
1.
Azadirachta indica
Mambu
2.
Cymbopogon nardus
Serai Wangi
3.
Mentha piperita
Pudina
4.
Pandanus amaryllifolius
Pandan Wangi



Pokok-Pokok  Penghalau Serangga
(Trees act as a insect repellent)

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Pokok Mambu
Nama Saintifik : Azadirachta Indica

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Serai Wangi
Nama Saintifik : Cymbopogon Nardus

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Pudina
Nama Saintifik : Mentha Piperita

 (image : https://www.google.com/)
Nama Biasa : Pandan Wangi
Nama Saintifik : Pandanus Amaryllifolius


Pokok-pokok penghalau serangga ini amat sesuai di tanam di kawasan penggumpulan sampah di kawasan perumahan, kedai dan kawasan kilang beserta pokok pengundang burung. 
(Trees insect repellent is suitable for planting in the area of site-waste in residential areas, shops and factory area with trees inviter birds).

Pranan sesaorang Arkitek Lanskap amatlah penting di dalam menjaga alam sekitar. Rekabentuk lanskap yang dihasilkan perlulah mempunyai nilai-nilai estetika dan berfungsi menjaga alam sekitar secara maksimum.
(Landscape Architects role is crucial in proctecting the environment. The resulting landscape design should have aesthetic values and working to protect the environment to the maximum).

Konsep pembangunan hijau yang diwar-warkan oleh kerajaan merupakan langkah yang begitu baik ke arah penjagaan kualiti alam sekitar dan keselesaan pengguna bangunan. Di sinilah pentingnya pranan Arkitek Lanskap.
(The concept of green development touted by the government is a very good step towards care of the environment and building user comfort. Here the importance of Landscape Architects).

Lanskap Kejor (Lanskap Lembut) itu sendiri seperti pokok, pokok renek, pokok menjalar mempunyai fungsinya tersendiri dimana sesaorang Arkitek Lanskap perlu memahaminya serta mempraktikkannya. Bukan sekadar memperindahkan bangunan tetapi lebih dari memberi keselesaan kepada pengguna bangunan itu sendiri serta pengguna sesebuah taman yang dihasilkan.
(Solf Landscape itself such as trees, shrubs, vines have separate functions where someone Landscape Architects need to understand it and practice it. Not only beautify the buildings but more than the convenience of the users of the building itself and the user of a park that is provided).

Sesebuah pembangunan akan lebih bermakna dari segi estatika, fungsi dan keselesaanya jika sesaorang Arkitek Bangunan memahami dengan mendalam tentang fungsi dan pranan lanskap di dalam menjaga alam sekitar.
(A development would be more meaningful in terms of aesthetics and function if one of the Building Architects with a deep understanding of the function and role of landscape in caring for the environment). 

Rujukan : 1. Titi Jasa Sdn Bhd
                2.  Image : https://www.google.com 

Selasa, 12 Januari 2016

SENI LANSKAP

Assalamualaikum.  


Seni Lanskap atau dikenali sebagai Seni Taman adalah merupakan sebahagian dari elemen Senibina yang mempunyai pranannya di dalam sesuatu pembangunan. Ianya adalah pelengkap kepada sesuatu pembangunan di mana kerja-kerja lanskap dijalankan di akhir Fasa Pembangunan iaitu setelah sesuatu pembangunan itu siap sepenuhnya seperti jalan dan bangunan.

Kepentingan Seni Lanskap

Seni Lanskap yang disiapkan di akhir Fasa Pembangunan akan menentukan samada sesuatu pembangunan itu benar-benar siap sepenuhnya bagi tujuan mendapatkan Sijil Kelayakkan Menduduki Bangunan (CCC) di mana mengikut pendapat Arkitek bangunan tersebut telah siap dan selamat untuk diduduki.

Elemen Seni Lanskap

Seni Lanskap boleh di bahagikan kepada 2 bahagian :
1. Lanskap Lemput. 
2. Lanskap Kejur.

Lanskap Lembut.

Konsep Lanskap Lembut menggunakan pendekatan mesra alam bagi menyelesaikan masalah seperti pokok penampan, pokok penghalau serangga dan pokok yang mengeluarkan haruman bagi keselesaan pengguna. Contoh Lanskap Lembut adalah seperti pokok, pokok renek, rumput dan tanaman menjalar. 

Lanskap Kejur

Manakala Lanskap kejur adalah pelengkap kepada rekabentuk sesuatu bangunan itu sendiri. Iaitu menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan dan sampingan untuk keselesaan pengguna bangunan.

Unsur-unsur lanskap kejur :

1.Medan Rekreasi
2.Pengindahan laluan masuk utama 
3.Lanskap pencahayaan
4.Ruang Rehat dan Makan Luaran

Di antara elemen Lanskap Kejur termasuklah tempat pejalan kaki, tempat duduk, arca, pondok berteduh dan pergola.

Ke dua-dua elemen lanskap lembut dan kejur ini saling berkait rapat bagi memastikan keperluan sesuatu pembangunan seperti perumahan, pejabat, kilang dan sebagainya mesra alam serta mempunyai pranan yang amat penting di dalam sesuatu pembangunan.

Sejak akhir-akhir ini pembangunan lanskap yang dikenali sebagai Pembangunan Hijau sering mendapat penekanan di dalam sesuatu projek pembangunan seperti pejabat dimana ia memainkan pranan yang amat penting di dalam memperindahkan  serta memberi keselesaan maksimum kepada pengguna sesebuah bangunan.

Contoh Kombinasi Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur.


Lanskap Lembut : rumput, pokok kemboja, pokok menjalar.
Lanskap Kejur : Tempat Pejalan Kaki
(ruj : Mi Cassa Kondominium, Singapura)

Lanskap Lembut : Air Terjun, Pokok dan Pokok Renek
Lanskap Kejur : Dinding Batu dan Tempat Duduk
(ruj : HillVista Kondominium , Singapura)

Nota : Gambar penuh lawatan penulis ke HillVista  &
Mi Cassa, Singapura sila lawati : www.jelajaharkitek.com


Karier Penulis

Bidang yang saya ceburi lebih menjurus kepada bidang Senibina yang melibatkan rekabentuk bangunan. Namun demikian saya juga meminati bidang lanskap senitaman kerana ia adalah pelengkap kepada sesuatu pembangunan di samping seni hiasan dalaman. 

Banyak hasil-hasil kerja lanskap penulis di antaranya ialah Taman Warisan Pertanian, Putrajaya (ruj.: TITIJASA,KL) dan Palm Deira (ruj.: ARCO GENERAL CONTRACTING,DUBAI
dengan kerjasama TiTiJasa, OTLA DESIGN, DZJ Arkitek-TAK Arkitek Utama)