Selasa, 12 Januari 2016

SENI LANSKAP

Assalamualaikum.  


Seni Lanskap atau dikenali sebagai Seni Taman adalah merupakan sebahagian dari elemen Senibina yang mempunyai pranannya di dalam sesuatu pembangunan. Ianya adalah pelengkap kepada sesuatu pembangunan di mana kerja-kerja lanskap dijalankan di akhir Fasa Pembangunan iaitu setelah sesuatu pembangunan itu siap sepenuhnya seperti jalan dan bangunan.

Kepentingan Seni Lanskap

Seni Lanskap yang disiapkan di akhir Fasa Pembangunan akan menentukan samada sesuatu pembangunan itu benar-benar siap sepenuhnya bagi tujuan mendapatkan Sijil Kelayakkan Menduduki Bangunan (CCC) di mana mengikut pendapat Arkitek bangunan tersebut telah siap dan selamat untuk diduduki.

Elemen Seni Lanskap

Seni Lanskap boleh di bahagikan kepada 2 bahagian :
1. Lanskap Lemput. 
2. Lanskap Kejur.

Lanskap Lembut.

Konsep Lanskap Lembut menggunakan pendekatan mesra alam bagi menyelesaikan masalah seperti pokok penampan, pokok penghalau serangga dan pokok yang mengeluarkan haruman bagi keselesaan pengguna. Contoh Lanskap Lembut adalah seperti pokok, pokok renek, rumput dan tanaman menjalar. 

Lanskap Kejur

Manakala Lanskap kejur adalah pelengkap kepada rekabentuk sesuatu bangunan itu sendiri. Iaitu menyediakan kemudahan-kemudahan tambahan dan sampingan untuk keselesaan pengguna bangunan.

Unsur-unsur lanskap kejur :

1.Medan Rekreasi
2.Pengindahan laluan masuk utama 
3.Lanskap pencahayaan
4.Ruang Rehat dan Makan Luaran

Di antara elemen Lanskap Kejur termasuklah tempat pejalan kaki, tempat duduk, arca, pondok berteduh dan pergola.

Ke dua-dua elemen lanskap lembut dan kejur ini saling berkait rapat bagi memastikan keperluan sesuatu pembangunan seperti perumahan, pejabat, kilang dan sebagainya mesra alam serta mempunyai pranan yang amat penting di dalam sesuatu pembangunan.

Sejak akhir-akhir ini pembangunan lanskap yang dikenali sebagai Pembangunan Hijau sering mendapat penekanan di dalam sesuatu projek pembangunan seperti pejabat dimana ia memainkan pranan yang amat penting di dalam memperindahkan  serta memberi keselesaan maksimum kepada pengguna sesebuah bangunan.

Contoh Kombinasi Lanskap Lembut dan Lanskap Kejur.


Lanskap Lembut : rumput, pokok kemboja, pokok menjalar.
Lanskap Kejur : Tempat Pejalan Kaki
(ruj : Mi Cassa Kondominium, Singapura)

Lanskap Lembut : Air Terjun, Pokok dan Pokok Renek
Lanskap Kejur : Dinding Batu dan Tempat Duduk
(ruj : HillVista Kondominium , Singapura)

Nota : Gambar penuh lawatan penulis ke HillVista  &
Mi Cassa, Singapura sila lawati : www.jelajaharkitek.com


Karier Penulis

Bidang yang saya ceburi lebih menjurus kepada bidang Senibina yang melibatkan rekabentuk bangunan. Namun demikian saya juga meminati bidang lanskap senitaman kerana ia adalah pelengkap kepada sesuatu pembangunan di samping seni hiasan dalaman. 

Banyak hasil-hasil kerja lanskap penulis di antaranya ialah Taman Warisan Pertanian, Putrajaya (ruj.: TITIJASA,KL) dan Palm Deira (ruj.: ARCO GENERAL CONTRACTING,DUBAI
dengan kerjasama TiTiJasa, OTLA DESIGN, DZJ Arkitek-TAK Arkitek Utama)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan